Thursday 6 March 2008

PEPERANGAN KETURUNAN QAINUQA’

Antara suku-suku Yahudi yang tinggal di madinah,yang paling hampir dengan kawasan orang islam adalah Keturnan Qainuqa’. Keturunan Qainuqa’ mempunyai pasar sendiri. Memang orang yahudi terkenal dengan bijak berniaga. Ada juga orang Islam yang datang ke pasar Yahudi ini.

Pada suatu hari, seorang wanita Islam pergi membeli emas di pasar Yahudi.Semasa di duduk berhampiran dengan tukang emas, datang seorang leleki Yahudi yang jahat dan mengikat hujung baju perempuan ini. Apabila perempuan ini bangun, terbuka auratnya. Pada masa itu.dia menjerit dan ada seorang lelaki islam di situ. Apabila di melihat suasana itu, dia tidak dapat bertahan lalu datang kepada lelaki Yahudi yang mengikat kain tadi dan membunuhnya. Orang Yahudi yang lain pula datang beramai-ramai membunuh lelaki islam itu.

Apabila Rasulullah s.a.w mendengar berita ini, beliau menghantar wakil kepada keturunan Qainuqa’ meminta mereka menyerahkan orang-orang yang membunuh lelaki Islam itu. Keturunan Qainuqa’ tidak mahu menyerahkan. Mereka berkeras melindungi pembunuh-pembunuh ini. Dengan itu mereka sudah mengkhinati perjanjian mereka dengan Rasulullah s.a.w. Selepas kemenangan tentera Islam di Badar, orang-orang Yahudi memperkecilkan kemenangan itu kerana mereka berkata Quraisy bukan kaum yang pandai berperang. Tetapi kalau Rasulullah memerangi mereka,baru Rasulullah s.a.w menghadapi pakar perang.Dengan itu, mereka sengaja menimbulkan kemarahan orang Islam sehingga berlaku peristiwa ini.

Rasulullah s.a.w memerintahkan tentera Islam mengepung keterunan Qainuqa’. Keturunan Qainuqa’ ini seramai 700 orang lelaki yang lengkap bersenjata. Kawasan mereka dipagari dan di dalam pagar ini terdapat rumam-rumah,kebu-kebun,ternakan dan perigi mereka. Apabila mereka tidak keluar dari kubu, bekalan yang ada pada mereka cukp untuk setahun. Keterunan Qainuqa’ berkeras tidak mahu menyerah. Rasulullah s.a.w menghantar lagi wakil meminta supaya diserahkan pembunuh-pembunuh yang mereka lindungi itu. Mereka berkata kepada Rasulullah s.a.w,”jangan anggap kami seperti Quraisy.Kami ahli pearng.Kalau kamu searng kami,kami akn perangi kamu.”
Rasulullah s.a.w mengingatkan mereka apa yang berlaku di Badar. Walaupun begitu, mereka tetap berkeras. Rasulullah s.a.w mengepung mereka selama 15 hari.Selepas itu, Allah mencampakkan rasa takut dalam hati mereka sehingga mereka mula meminta keamanan daripada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w tidak menerima, tetapi mereka terus menghantar wakil meminta keamanan daripada Rasulullah s.a.w. Akhirnya, Rasulullah s.a.w bersetuju memberi keamanan kepada mereka dengan syarat mereka meneriama apa sahaja yang Rasulullah s.a.w putuskan kepada mereka. Oleh kerana rasa terlalu takut dalam hati mereka, mereka bersetuju dengan syarat itu.700 orang lelaki daripada Yahudi Keterunan Qainuqa’ menyerah diri semuanya dan tentera islam mengikat mereka.
Para sahabat menunggu apa yang akan diputuskan oleh Rasulullah. beliiau membisikkan kepada beberapa orang sahabat utama, 700 orang ini akan dihukum mati semuanya. Abdullah bin Ubay,ketua munafik, dapat merasakan Rasulullah s.a.w akan menjatuhkan hukuman mati kepada mereka semua mula resah kerana keturunan Qainuqa’ adalah sekutunya. Apabiala mereka semua dibunuh,pengaruh Abdullah bin ubay semakin hilang.Dia masuk berjumpa Rasulullah s.a.w. TEtapi Rasulullah s.a.w tidak melayan ketua munufik ini.
Abdullah bin ubay terus mendesak sehingga akhirnya Muhammad menyerahkan urusan 700 orang itu kepadanya . Apa lagi, Abdullah bin Ubay cepat-cepat mengarahkan supaya 700 orang Yahudi itu dibebeskan.Walaupun merka dibebebaskan oleh Abdullah bin Ubay, tetapi ketakutan yang Allah campakkan ke dalam hati mereka tidak hilang. Selepas itu kenyakan mereka berhijrah ke khaibar meninggalkan madinah

Friday 29 February 2008

JANGAN JADIKAN MEREKA KAWAN ANDA

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1.
Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak
perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak
mahu mendengar nasihat para ulama.
4.
Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5.
Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada
Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6.
Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa
sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8.
Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat
dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9.
Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.