Friday, 29 February 2008

JANGAN JADIKAN MEREKA KAWAN ANDA

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1.
Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak
perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak
mahu mendengar nasihat para ulama.
4.
Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5.
Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
kepada
Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6.
Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa
sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8.
Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat
dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9.
Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

3 comments:

bDk pAhANg said...

askum...byk info yg aku dapat dari blog ko...thankz,,,,

mat_api said...

bagus 2..sblm mi kte xberapa kenal sangat pn nama2 setan...sekarang ni dh bertambah dah ilmu kat dalam otak budak2 ni...haha

thank u 4 ur article..

Irshadiah Addiniah said...

bnyk ank kawan2 dia...wawawa